Monday, December 1, 2008

" MjSc KeLah bLoG "




Kelah atau dikenali sebagai ‘King Of The River’ merupaka ikan yang hanya dijumpai di asia seperti di India, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Terdapat lebih daripada 19 spesis kelah yang terdapat di dunia dan di Malaysia hanya terdapat 3 spesis. Kebanyakan ikan kelah yang dijumpai di Malaysia ialah kelah merah. Habitat semulajadi ikan kelah adalah di hulu-hulu sungai yang lebih 500 meter dari paras laut. Secara logiknya, ikan kelah adalah ikan yang lasak dan lincah berenang kerana ia hidup di celah-celah batu yang mempunyai air yang laju. Ikan kelah ini boleh membesar sehingga lebih dari 100 paun. Ikan kelah juga dikenali dengan ikan mulut besar.Selain itu, ikan kelah mempunyai lateral line yang jelas dilihat di tengah-tengah bahagian badan dan juga mempunyai sisik yang besar dan cantik. Jumlah sisik di bahagian lateral line ikan dewasa kebiasaanya adalah antara 20 hingga30 sisik. Ikan kelah juga mempunyai pactoral dan pelvic fin serta single dorsal, anal dan caudal fin. Perbezaan ikan kelah dengan ikan lain ialah mempunyai lebihan dagu di bawah dagu. Ikan kelah betina bertelur sepanjang tahun. Kebiasaanya ikan betina mengeluarkan telur pada musim selepas hujan di celah-celah batu atau lopak air. ikan kelah mengeluarkan telur secara sedikit-sedikit mengikut kematangan telur.

1 comment:

Chelz. said...

kelah..sedap tak makan?